mrs secretary

Jumaat, 9 Mac 2012

dari lensa... Ombak Rindu

Assalamualaikum...

ada macam ombak tak... tapi ini ombak di langit yang terbentang luas! 

Ombak Rindu pada Sabah dan Kinabalu...

Jumaat, 2 Mac 2012

dari lensa... tinggi-tinggi Gunung Kinabalu

Assalamualaikum...

walaweh... rasa nak makan je kabus tu, macam gula-gula kapas pulak!

gambar dirakam di satu kawasan hentian semasa dalam perjalanan dari Kundasang ke Kota Kinabalu... memang ramai pengunjung berhenti di sini kerana boleh nampak gunung dengan lebih jelas... yang paling syoknya, kat kawasan ni anginnya sangat kuat... memang sejuk gila! 

Khamis, 1 Mac 2012

dari lensa... di kala siang berakhir

Assalamualaikum...(^ ^)

cantik kan?
gambar dirakam dari airport Kota Kinabalu... 

di kala siang berakhir dan melabuhkan tirainya, maka malam pun menjelma... berakhirnya hari ini dan nantikanlah hari esok!


Isnin, 27 Februari 2012

dari lensa... ladang teh Sabah

Assalamualaikum...

sempatlah Mas rakam beberapa keping gambar permandangan ladang teh di Sabah... tapi sedikit kecewa sebab ladang tehnya tak secantik masa Mas pergi dulu... mungkin mereka nak buat penanaman semula kot? tapi udara kat sini nyaman je sebab atas bukit... bau teh yang diproses di kilangnya semerbak harum!

Ahad, 26 Februari 2012

dari lensa... waktu terbit dan terbenam

Assalamualaikum...

sangat seronok menikmati keindahan terbitnya dan terbenamnya mentari... gambar matahari terbit dirakam semasa Mas berada di Kundasang dan gambar matahari terbenam pula semasa lepak santai di tepi pantai di Kota Kinabalu... sangat indah dan mendamaikan!

Jumaat, 24 Februari 2012

dari lensa... Mount Kinabalu

Assalamualaikum...

dirakamkan permandangan Gunung Kinabalu dari Kinabalu Pine Resort... masa gambar ini diambil jam lebih kurang pukul 8 pagi! sangat indah permandangan gunung yang tertinggi di Asia Tenggara ni... tak jemu mata memandang! rasa teringin nak berada di puncaknya...

Rabu, 22 Februari 2012

dari lensa... pelangi petang

Assalamualaikum...

dalam perjalanan ke Kundasang hari ini, hujan membasahi bumi Sabah... hasil dari hujan tersebut muncullah pelangi petang yang cantik! sempat Mas rakamkan beberapa keping gambar... sangat indah warna pelangi tersebut... nikmatilah keajaiban ciptaan Allah SWT!

Sabtu, 11 Februari 2012

dari lensa... mentari

Assalamualaikum...(^ ^)

mentari muncul lagi... memancar menerangi alam semesta!

Rabu, 8 Februari 2012

dari lensa... hitam putih

Assalamualaikum...

Mas memang suka tengok awan... kalau dalam kereta atau pun tengah driving mata Mas mesti tak lepas memandang langit yang terbentang luas... saat itulah Mas tengok bentuk-bentuk awan yang pelbagai! kadang-kadang ia memberi gambaran seolah-olah ianya hidup dan hampir dengan kita!

sebab itulah bila tengok awan yang terbentuk dengan cantik pasti tak lepas tangan ni nak mengambil gambar... sangat kagum dan teruja dengan keindahan ciptaan Allah ini! ia mengambarkan ketenangan dan kedamaian... sebab itulah kalau kita bersedih dan ada masalah, lihatlah ke awan biru... pasti jiwa kita akan rasa tenteram dan  kesedihan serta masalah hilang entah ke mana...

satu lagi keindahan awan yang sempat dirakam petang tadi... cantik kan, hitam dan putih!

Isnin, 6 Februari 2012

dari lensa... ketika azan Maghrib berkumandang

Assalamualaikum...

tenang, damai dan mempersonakan! itulah gambaran yang Mas lihat di langit bila azan Maghrib berkumandang... seolah-olah ia sama mendengar kalimah azan tersebut! sama menhayati kalimah yang menenangkan jiwa dan halwa telinga... Allah Maha Besar, Allah Maha Besar!

sempat Mas rakamkan gambar itu, tenang dan damai kan?


Rabu, 1 Februari 2012

dari lensa... fajar pagi

Assalamualaikum...

lamanya tak kongsikan gambar kat sini... takde masa nak pergi "menembak"! teringin sangat nak ambil gambar yang cantik dan mengagumkan...

tapi masa balik dari hantar anak-anak ke sekolah pagi tadi, nampak fajar pagi yang sangat cantik... jadi berbekalkan kamera iphone, Mas rakamkan gambar ni dari dalam kereta... 

cantikkan fajar pagi... rasa tenang dan syahdu je! pastu macam ada garisan pulak yang terbentuk... sangat cantik dan mendamaikan! tapi maaflah, gambar tak cun sangat...


Isnin, 16 Januari 2012

dari lensa... awan nano ke?

Assalamualaikum...


ini ke rupa awan nano? entahlah, Mas pun kurang pasti... gambar dirakam melalui iphone pada jam 7 pagi tadi! sangat indah kepulan awan yang terbentuk... sungguh mendamaikan dan menggambarkan satu perasan yang sukar ditafsirkan... 

sebab itulah kalau hati kita tak tenang lihatlah ke langit yang terbentang luas... di situ awan menantimu dengan penuh rasa! 

Isnin, 9 Januari 2012

dari lensa... keindahan di tepian pantai

Assalamualaikum...

sejuk je mata memandang... terasa nyaman dan indah sangat!