mrs secretary

Rabu, 28 Disember 2011

Selasa, 27 Disember 2011

dari lensa... aktiviti berbasikal

Assalamualaikum...

ini aktiviti yang kami lakukan masa pergi bercuti ke Janda Baik pada cuti krismas lepas... ronda-ronda naik basikal keliling kampung! syok sangat tapi satu badan lenguh-lenguh...

jalan memang turun naik bukit... masa turun bukit syoklah, laju je! tapi bila kena kayuh naik bukit rasa semput gila, yang mampunya tolak je basikal tu... bila tiba nak daki bukit balik ke resort Mas memang tak larat dah! husband yang terpaksa tolak basikal tu... heheheheeee

jom tengok gambar kami berbasikal... best walaupun penat!


Isnin, 26 Disember 2011

dari lensa... Cherengin Hills Resort

Assalamualaikum...

resort yang terletak di atas bukit di Janda Baik... sangat cantik tempatnya! berdekatan juga dengan Pulau Santap iaitu destinasi perkelahan di tepi sungai! sangat best tempatnya... 

ini adalah gambar di sekitar resort tersebut untuk tatapan para pembaca yang mungkin ingin bercuti di sini!

Isnin, 12 Disember 2011

dari lensa... indahnya Bagan Lalang

Assalamualaikum...

pantai Bagan Lalang ni memang terkenal di daerah Sepang... pantainya sangat sesuai untuk memancing dan mandi-manda! kalau nak camping kat tepi pantai pun sesuai...

berhampiran dengannya juga terletak Sepang Gold Coast... kalau waktu senja memang permandangan di sini sangat indah! tak jemu mata memandang... 

inilah keindahan yang sempat Mas rakam...

Jumaat, 9 Disember 2011

dari lensa... sunset di Bagan Lalang

Assalamualaikum...(^ ^)

hari tu ada kawan blog komen kalau ambil gambar senja di pantai sangat cantik... jadi Mas pun terus nak cuba! hari ini ada kesempatan Mas terus pergi ke sana... 

memang betul kata kawan tu, senja di tepi pantai sangat cantik... Mas sangat sangat kagum! tak berhenti lensa kamera Mas merakam gambar keindahan tersebut! 

untuk tatapan kawan semua... sangat indah ciptaanNya!

Rabu, 7 Disember 2011

dari lensa... at home

Assalamualaikum...

dah gila nak amik gambar je... nampak apa saja yang menarik di rumah terus capai kamera! snap beberapa keping dan kemudian pilih yang menarik!

ini yang Mas termampu... bukan profesional kan?